Tag Archives: Tips

Tip untuk Newbie Affiliate

Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini.

Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

Pemasaran affiliate bukan menjanjikan duit mudah.

Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah. Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.

 Jangan terlalu tamak dan mempromosi beberapa produk serentak.

Pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak. Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate. Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.

 Jangan langkaui proses pembelajaran.

Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran.

Sentiasa menjadi unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Jika anda meniru orang lin, anda tidak akan kemana – mana. Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.

Bersabar untuk berjaya.

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal. Alam ada cara tersendiri untuk memberi anda kejayaan.

Simpan duit anda.

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan make money online di internet. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli dari melakukan take action. Jimat wang anda. Sebelum membeli sesuatau produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu take action.

Belajar berdisiplin.

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.

Jangan berhenti bekerja jika anda tidak lagi stabil.

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti memperoleh gaji di penghujung bulan. Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil.

Tips Berguna Agar Kita Dimurahkan Rezeki

Antara amalan amalan yang perlu dilaksanakan oleh setiap induvidu Muslim agar dimurahkan rezekinya oleh Allah s.w.t. Terdapat 11 amalan murah rezeki iaitu.

1. Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki,yang bermaksud: ” Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka ushakan.”

2. Banyakkan Doa. Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t.Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.

3.Banyakkan Sedekah.Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.

4.Buat Baik kepada Ibu Bapa. Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.

5. Banyakkan istigfar. perkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.

6. Solat Dhuha. Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.

7. Baca Surah Al-Waqiah. Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.

8. Beri Makan Kepada Haiwan-haiwan. Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.

9. Jangan Menyeksa Binatang. Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

10. Sambung Silaturahim. Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.”(HR Bukhari)

11. Membayar Zakat. Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

Sumber: www.uruswang.com