Tag Archives: online money

Tip untuk Newbie Affiliate

Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini.

Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

Pemasaran affiliate bukan menjanjikan duit mudah.

Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah. Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.

 Jangan terlalu tamak dan mempromosi beberapa produk serentak.

Pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak. Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate. Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.

 Jangan langkaui proses pembelajaran.

Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran.

Sentiasa menjadi unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Jika anda meniru orang lin, anda tidak akan kemana – mana. Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.

Bersabar untuk berjaya.

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal. Alam ada cara tersendiri untuk memberi anda kejayaan.

Simpan duit anda.

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan make money online di internet. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli dari melakukan take action. Jimat wang anda. Sebelum membeli sesuatau produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu take action.

Belajar berdisiplin.

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.

Jangan berhenti bekerja jika anda tidak lagi stabil.

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti memperoleh gaji di penghujung bulan. Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil.

Tiga cara untuk mewujudkan niche sendiri

Kebanyakan dari newbie internet Marketer terlalu takut untuk melakukan sesuatu yang baru. Mereka terlalu baik dan membiarkan para otai menguasai hampir semua pasaran. Akhirnya, para otai menghasilkan produk dan para newbie menjadi affiliate. Sekarang, anda perlu jadi bijak dan perlu pandai membaca suasana.

Berikut adalah tiga cara bagaimana hendak mewujudkan niche anda sendiri.

Pertama : Kebebasan.

Jika anda hendak mewujudkan niche anda sendiri, anda boleh fokus pada kebebasan. Kebebasan bermaksud sesuatu yang memberi peluang kepada pengguna internet melakukan sesuatu yang agak sukar pada mereka. Contohnya adalah software autoblog iaitu memberi peluang pada penggunanya untuk update blog mereka secara automatik.

Contoh lagi satu adalah Software blog comment di mana boleh membantu penggunanya melakukan backlink tanpa bersusah payah. Selain software berkenaan niche IM, anda juga boleh mencipta software lain seperti software televisyen, software handphone dan lain-lain lagi. Cara untuk mewujudkan niche baru melalui sistem ini adalah dengan mencari satu masalah yang biasanya di hadapi oleh orang ramai dan wujudkan kebebasan berpandukan masalah tersebut.

Tulis 10 masalah yang anda hadapi dan kemudian anda pilih beberapa masalah darinya dan cipta software atau script atau kaedah tertentu untuk mewujudkan kebebasan pada masalah tersebut. Katakan salah satu minat anda adalah mendengar lagu hip hop dan anda menghadapi masalah untuk mencari lagu terbaru hip hop di pasaran.

Anda boleh mencipta script web based yang membolehkan orang melakukan carian berkenaan lagu hip hop terkini di pasaran. Melalaui laman web ini, anda boleh jana pendapatan melalui pengiklanan atau affiliate.

Kedua : Menambah

Cara kedua untuk mewujudkan niche anda sendiri adalah dengan menambah sesuatu pada sesuatu yang telah ada. Contohnya panduan jual beli domain, anda boleh mewujdukan niche baru dengan menambah lebih power dalam produk tersebut iaitu Rahsia Jual Domain pada harga tinggi. Ia sudah memandai.

Namun, kaedah menambah tidak terhad pada itu sahaja. Anda boleh kembangkan ia dengan mengaitkan sesuatu pada sesuatau. Contohnya, panduan domain. Anda boleh kembangkan niche yang anda wujudkan sendiri iaitu panduan hosting. Anda perlu pantas merebut peluang yang anda dengan menambah sesuatu yang tidak ada tetapi di perlukan orang ramai.

Ramai orang menceritakan panduan autoresponder, anda boleh kembangkan niche dengan menceritakan mengenai  cara mengautomatikkan jualan melalui autoresponder. Kaedah tambah ini selalunya boleh menakutkan pesaing anda kerana mereka tidak mencapai apa yang anda capai lagi. Jadi, anda jauh ke hadapan.

Ketiga : Balikan semula

Perhatikan pesaing anda dan lihat niche mana yang menguntungkan mereka. Contohnya seorang IM menjana ribuan ringgit melalui Niche kerjaya iaitu kerja kerajaan. Anda boleh contohi beliau dan buat yang lebih baik iaitu mengeluarkan produk yang sama tetapi mengandungi isi yang berlainan. Melalui kaedah ini, anda boleh mencuri pelanggan dari pesaing anda.

Katakan pesaing anda telah jauh ke hadapan dan monopoli niche tersebut untuk masa yang lama. Jadi namanya sudah besar dalam niche tersebut. Dengan mengeluarkan panduan yang mirip anda boleh mencuri pelanggan dari pesaing anda di sebabkan anda telah mewujudkan nilai pilihan iaitu pembeli boleh memilih sama ada untuk membeli kedua-dua produk, produk pesaing anda atau produk anda.

Akhirnya anda akan untung. Kaedah niche ini adalah seperti provokasi di mana anda juga berpotensi di serang dengan kaedah yang sama terhadap niche anda. Namun, anda tidak perlu gentar kerana ada dua lagi kaedah mewujudkan niche di atas untuk anda serang balas. Anda bebas untuk gabungkan ketiga-tiga kaedah sekaligus.

Lima strategi ampuh pemasaran affiliate

Jika anda seorang affiliate, soalan yang anda perlu tanya pada diri anda sendiri adalah kenapa pelanggan perlu membeli dari anda sedangkan mereka boleh membeli dari link affiliate orang lain? Soalan ini perlu di mainkan dalam minda anda setiap hari. Jika anda tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan laju di dalam fikiran anda, anda masih belum bersedia untuk menjadi seorang super affiliate.

Perkara yang membezakan antara seoarang affiliate dengan affiliate yang lain adalah dari segi strategi yang mereka amalkan. Untuk itu, saya senaraikan lima strategi ampuh yang anda boleh gunakan untuk menjadikan diri anda seorang super affiliate.

Strategi harga.

Harga memainkan peranan yang penting dalam pemasaran affiliate. Di sebabkan anda mengejar komisyen yang besar, produk yang anda jual juga akan berharga mahal. Di sini, anda mungkin akan gagal bersaing dengan mereka yang mempromosi produk yang berada dalam niche yang sama tetapi lebih murah dari segi harganya.

Anda perlu sedar bahawa produk yang berharga lebih murah sentiasa mendapat perhatian dari pembeli. Jadi, anda boleh lawan pesaing yang lain menerusi bonus yang lebih hebat atau pemberian rebat. Untuk menggunakan strategi ini, anda perlu setkan di dalam minda anda bahawa anda perlu jadikan produk tersebut nampak murah untuk di beli melalui link affiliate anda.

Strategi kualiti.

Produk yang berkualiti sentiasa mendapat pendedahan yang lebih di pasaran. Ramai affiliate akan mengutamakan aktiviti promosi mereka dengan mempromosi produk berkualiti. Anda perlu pantas menilai sama ada produk tersebut berkualiti atau tidak dan terus mempromosikannya jika produk tersebut berkualiti.

Lebih baik anda tumpukan sebahagian besar masa anda mempromosi produk yang benar-benar berkualtii di sebabkan pelanggan pasti akan berpuas hati dengan produk tersebut dan mereka akan percaya pada rekomendasi dari anda pada masa hadapan.

Strategi Bonus.

Untuk berjaya bersaing secara bersemuka dengan affilaite yang lain, anda perlu hadirkan promosi dengan senarai bonus yang tidak dapat di jangka oleh mereka. Anda boleh gunakan dua strategi di atas iaitu jadikan bonus anda nampak lebih mahal dari produk yang mereka perlu beli untuk mendapatkan bonus dari anda. Berikan bonus yang berkualiti untuk membolehkan anda bersaing dengan para otai.

Strategi pendidikan.

Untuk menjadi terkenal dalam dunia pemasaran affiliate, anda jadikan diri anda sebagai pendidik atau guru di dalam niche anda. Sentiasa hadirkan pendapat yang bernas bagi setiap permasalahan yang datang. Selain itu , anda juga perlu jujur dengan para pelanggan anda. jika anda tidak tahu, katakan tidak tahu. Jika anda tahu, anda katakan anda tahu.

Jangan lokek untuk berkongsi ilmu dan pendapat menerusi video, pemberian ebook percuma, artikel panjang dan sebagainya.

Strategi jaminan.

Pastikan anda memberi jaminan kepada mereka yang membeli dari link affiliate anda. Katakan produk tersebut tidak sesuai pada pelanggan anda, anda tawarkan pada pelanggan anda untuk meminta refund dari pemilik produk jika pemilik produk ada meletakkan jaminan di dalam surat jualan dia. Anda berbagai cara jaminan lain yang boleh anda pratikkan antaranya adalah jaminan pasti berjaya, jaminan pasti puas hati dan sebagainya.

Kelima –lima strategi ini jika anda letakkan di dalam minda anda ketika anda melakukan promosi,  saya pasti anda akan berjaya. Ini kerana ia antara strategi yang paling ampuh dalam pemasaran affiliate. Jangan takut untuk berstrategi kerana hanya orang yang malas yang tidak berjaya

Empat kesilapan Maut seorang newbie Affiliate

Setiap newbie yang menceburi bidang affiliate pasti mahu berjaya. Mereka selalunya tertarik dengan kenyataan – kenyataan atau cerita – cerita dari para otai mengenai kesenangan menjana wang menerusi affiliate. Namun, ia tidaklah semudah itu kerana semuanya perlu ada usaha dan semangat untuk tidak berputus asa.

Ramai para newbie beranggapan bahawa kekayaan boleh di capai dalam masa satu malam tanpa mengeluarkan usaha yang setimpal. Ingin saya katakan, ia adalah mustahil untuk berjaya dalam masa yang sekejap. Walaupun terdapat para otai yang menjana ribuan ringgi sehari, mereka adalah golongan berpengalaman dan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menggapai pendapatan tersebut.

Untuk mengelakkan para newbie tersungkur menghadap bumi, saya senaraikan empat kesilapan yang anda mesti elak pada permulaan karier anda sebagai seorang affiliate.

Mempromosi produk dengan komisyen affiliate yang tinggi.

Tidak salah untuk mempromosi produk affiliate yang mempunyai komisyen yang tinggi. Namun, anda perlu peka jika sesuatu produk itu mempunyai nilai komisyen yang tinggi, ia sudah tentu akan menarik ramai affiliate yang berpengalaman untuk mempromosikan produk tersebut. Anda sebagai newbie, hamir mustahil untuk bersaing dengan mereka kerana mereka akan berada di mana-mana sahaja ruang yang ada untuk mempromosi produk tersebut.

Untuk permulaan, anda pilih produk yang mempunyai jumlah komisyen yang agak sederhana supaya anda nampak hasilnya ketika anda mempraktikkan apa yang anda belajar berkenaan dengan affiliate.

Mempromosi terlalu banyak produk dalam satu masa.

Kesilapan yang newbie selalu lakukan adalah mereka terlalu bersemangat dan mempromosi terlalu banyak produk sehingga tidak tahu apa yang patut di lakukan di kemudian hari. Peraturan pertama sebagai newbie adalah mengikut langkah demi langkah. Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa melainkan anda yakin anda mampu berbuat demikian.

Promosi terlalu banyak produk menjadikan anda tidak cermat dalam setiap pekerjaan anda. Anda akan tertekan jika segala rancangan anda tidak mengena atau hasilnya tidak seperti yang anda harapkan.

Tidak melabur untuk pendidikan.

Ramai para newbie tidak mahu membeli ebook kerana mereka yakin bahawa segala maklumat ada di internet. Kenapa perlu kedekut untuk mencari ilmu? Anda perlu berani dan bergerak pantas. Laburkan wang untuk belajar bagaimana hendak menjadi seorang affiliate. Praktikkan apa yang di pelajari dan pelbagaikan teknik mengikut acuan sendiri.

Dengan melaburkan wang untuk pendidikan, anda akan lebih pantas dan laju untuk bertindak. Selain itu, anda dapat lihat sendiri bagaimana orang menjana pendapatan melalui affiliate.

Tiada website.

Kesilapan biasa bagi seorang newbie affiliate adalah mereka tiada website sendiri. Memang benar, anda tidak perlu ada website sendiri untuk memulakan perniagaan affiliate. Namun, anda perlu segera mewujudkan blog atau website sendiri dari awal –awal lagi supaya anda tidak perlu mahirkan diri di kemudian hari.

Maksud saya di sini adalah website adalah perlu bagi pemasaran affiliate. Website boleh di ibaratkan sebagai pengkalan bagi anda dalam pemasaran affiliate. Lebih elok, anda wujudkan satu website bagi satu niche supaya aktiviti promosi anda lebih tersusun dan agak fokus.

Mencari niche yang menguntungkan – Lima perkara penting yang anda perlu amati

Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.

Untuk menari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan..

Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan.

Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda bersungguh – sungguh mempromosika sesuatu yang tidak mempunyai potensi pasaran yang luas.

Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

Sentiasa lakukan kajian keyword.

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yanga ada.

Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda.

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengna segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut.  Setkan kempen promosi selama sebulan. Jika dalam  masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.

Sentiasa  pelbagaikan niche yang ada.

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.