Senarai Personal Coach Perniagaan Internet

Tidak kira sekiranya anda adalah orang baru @ newbie dalam perniagaan internet atau telah lama bergiat aktif dalam mana-mana perniagaan internet, affiliate, kedai online, eBay, Clickbank, Adsense atau sebagainya. Namun pulangan dari usaha anda tidak begitu memberangsangkan, anda mungkin perlu pertimbangkan untuk mendapat khidmat Jurulatih Peribadi (Personal Coach) dari mereka yang telah berjaya.

Khidmat Jurulatih Peribadi (Personal Coach) ini amat sesuai bagi mereka yang benar-benar serius untuk mendapat wang. Latihan secara peribadi dapat memastikan ilmu-ilmu dipeturunkan sebaik mungkin dan dapat mengenalpasti serta memperbaiki kelemahan secara cepat (immediate). Tip-tip dan kaedah yang terbukti berkesan dapat diajar sehingga anda benar-benar menguasainya.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, ikut dan lakukan apa yang diajar oleh Personal Coach anda! Photocopy sahaja cara mereka kerana apa yang anda inginkan pada peringkat ini adalah “dapat wang”. Dapatkan wang anda dahulu dan rentak anda di dalam perniagaan internet ini sebelum anda mencorak langkah anda sendiri.

Berikut adalah senarai Personal Coach yang anda boleh pertimbangkan untuk mendapat perkhidmatan mereka:

Ammar Zahar – Affiliate

Seorang pelajar IPT yang mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan dari pemasaran affiliate. Diantara Top Affiliate Marketers yang mula mendapat tempat di Malaysia. Produk beliau, Rahsia Newbie telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kini disamping aktif menganjurkan seminar terbukan dan talk di IPT-IPT, beliau sedang dalam pembikinan produknya dalam bahasa Inggeris.

Noorizam Shah – eBay

Anak Melayu terawal yang memperolehi eBay Education Specialist Trained By eBay yang memberikan kelayakan kepada beliau untuk memberi bimbingan dan panduan kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan menjual dan membeli produk di laman web eBay. Sehingga kini telah menganjurkan banyak siri-siri seminar eBay dan Personal Coach di Lembah Klang, Perak, Terengganu dan yang terkini di Johor Bharu serta Melaka. eBook beliau Kuasa Lelong telah banyak membantu mereka diluar sana mengenali eBay dan membuat wang di eBay.
http://www.noorizamshah.com/ebay-workshop

Syed Ikhwan – Google Adsense
http://www.syed-ikhwan.com/private-coaching/

Selain itu berikut adalah siri-siri seminar yang anda boleh ikut serta:

Seminar Perniagaan eBook

Be Sociable, Share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *