Category Archives: Tips

Empat kesilapan Maut seorang newbie Affiliate

Setiap newbie yang menceburi bidang affiliate pasti mahu berjaya. Mereka selalunya tertarik dengan kenyataan – kenyataan atau cerita – cerita dari para otai mengenai kesenangan menjana wang menerusi affiliate. Namun, ia tidaklah semudah itu kerana semuanya perlu ada usaha dan semangat untuk tidak berputus asa.

Ramai para newbie beranggapan bahawa kekayaan boleh di capai dalam masa satu malam tanpa mengeluarkan usaha yang setimpal. Ingin saya katakan, ia adalah mustahil untuk berjaya dalam masa yang sekejap. Walaupun terdapat para otai yang menjana ribuan ringgi sehari, mereka adalah golongan berpengalaman dan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menggapai pendapatan tersebut.

Untuk mengelakkan para newbie tersungkur menghadap bumi, saya senaraikan empat kesilapan yang anda mesti elak pada permulaan karier anda sebagai seorang affiliate.

Mempromosi produk dengan komisyen affiliate yang tinggi.

Tidak salah untuk mempromosi produk affiliate yang mempunyai komisyen yang tinggi. Namun, anda perlu peka jika sesuatu produk itu mempunyai nilai komisyen yang tinggi, ia sudah tentu akan menarik ramai affiliate yang berpengalaman untuk mempromosikan produk tersebut. Anda sebagai newbie, hamir mustahil untuk bersaing dengan mereka kerana mereka akan berada di mana-mana sahaja ruang yang ada untuk mempromosi produk tersebut.

Untuk permulaan, anda pilih produk yang mempunyai jumlah komisyen yang agak sederhana supaya anda nampak hasilnya ketika anda mempraktikkan apa yang anda belajar berkenaan dengan affiliate.

Mempromosi terlalu banyak produk dalam satu masa.

Kesilapan yang newbie selalu lakukan adalah mereka terlalu bersemangat dan mempromosi terlalu banyak produk sehingga tidak tahu apa yang patut di lakukan di kemudian hari. Peraturan pertama sebagai newbie adalah mengikut langkah demi langkah. Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa melainkan anda yakin anda mampu berbuat demikian.

Promosi terlalu banyak produk menjadikan anda tidak cermat dalam setiap pekerjaan anda. Anda akan tertekan jika segala rancangan anda tidak mengena atau hasilnya tidak seperti yang anda harapkan.

Tidak melabur untuk pendidikan.

Ramai para newbie tidak mahu membeli ebook kerana mereka yakin bahawa segala maklumat ada di internet. Kenapa perlu kedekut untuk mencari ilmu? Anda perlu berani dan bergerak pantas. Laburkan wang untuk belajar bagaimana hendak menjadi seorang affiliate. Praktikkan apa yang di pelajari dan pelbagaikan teknik mengikut acuan sendiri.

Dengan melaburkan wang untuk pendidikan, anda akan lebih pantas dan laju untuk bertindak. Selain itu, anda dapat lihat sendiri bagaimana orang menjana pendapatan melalui affiliate.

Tiada website.

Kesilapan biasa bagi seorang newbie affiliate adalah mereka tiada website sendiri. Memang benar, anda tidak perlu ada website sendiri untuk memulakan perniagaan affiliate. Namun, anda perlu segera mewujudkan blog atau website sendiri dari awal –awal lagi supaya anda tidak perlu mahirkan diri di kemudian hari.

Maksud saya di sini adalah website adalah perlu bagi pemasaran affiliate. Website boleh di ibaratkan sebagai pengkalan bagi anda dalam pemasaran affiliate. Lebih elok, anda wujudkan satu website bagi satu niche supaya aktiviti promosi anda lebih tersusun dan agak fokus.

Buat duit sebagai Affiliate – Tip apa yang patut anda lakukan dan apa yang tidak patut anda lakukan

Untuk buat duit yang banyak dalam dunia affiliate, anda perlu mempunyai kemahiran asas seorang affiliate yang kuat. Untuk pengetahuan anda, masa tidak boleh di beli. Jadi, penuhkan ilmu di dada sebelum anda mencuba sesuatu. Ada orang suka melakukan sesuatu secara cuba jaya. Kenapa perlu mencuba satu konsep yang tidak terbukti berjaya berbanding mencuba sesuatu yang pasti berjaya.

Untuk anda mencipta sesuatu yang baru, anda perlu menguasai asas perkara itu dahulu. Contohnya jika anda ingin mencipta rumus baru dalam matematik, anda perlu mempunyai ilmu asas matematik yang tinggi.

Kesimpulannya adalah anda perlu tahu dan praktikkan ilmu asas affiliate sebelum anda mencuba teknik-teknik baru melalui pemasaran internet. Sebagai penduan untuk anda, saya ada senaraikan tip – tip apa yang anda patut lakukan dan tidak patut anda lakukan dalam kerjaya anda sebagai affilaite.

Apa yang patut anda lakukan

  • Langkah pertama adalah membeli nama domain dan hosting. Dari laman web ini, anda bina squeeze page untuk membina sebanyak mungkin senarai emel. Jangan fikir bagaimana hendak mempromosi squeeze anda. Bina dahulu, barulah anda fikirkan bagaimana hendak mempromosi squeeze page anda.
  • Sentisa mencuba idea dan strategi baru untuk kegunaan diri anda sendiri. Jika apa yang anda rancangkan tidak menjadi, anda perlu mencuba melalui arah yang lain. Jangan mencuba sesuatu yang memang telah terbukti gagal oleh anda sendiri. Fokus dan cuba idea anda sendiri. Dari sini ilmu asas promosi boleh di perkembangkan dengan teknik anda sendiri.
  • Sentiasa memberi kualiti yang terbaik. Jika anda ingin berjaya, anda perlu kejar kualiti bukannya pencapaian. Jangan fikir bagaimana hendak mencari jutaan ringgit tetapi fikir bagaimana hendak memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang anda lakukan. Letakkan kualiti di hadapan, insyaAllah kejayaan akan menyusul.
  • Gandakan usaha pada teknik yang berjaya. Jika teknik anda menjadi, anda pelru berusaha dua kali ganda untuk memperkemaskan teknik tersebut.
  • Sentiasa konsisten dengan kerja anda. Jangan berhenti separuh jalan. Biarpun,teknik anda tidak menjadi, anda sepatutnya tunggu dahulu dan berikan teknik anda untuk berjaya. Berikan ia masa kerana kejayaan tidak datang pada sekelip mata. Mereka yang berjaya selalunya sangat konsisten dengan usaha mereka.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan pesaing – pesaing anda. Sentiasa  bertukar fikiran dengan rakan –rakan pesaing anda.

Apa yang anda tidak patut lakukan.

  • Jangan menjual secara terdesak. Contohnya letakkan harga tidak sama dengan kualiti produk dan surat jualan yang penuh dengan ayat paksaan untuk membeli.
  • Jangan menipu. Jika ingin berjaya, anda jangan sesekali menipu. Ini kerana menipu adalah perangai orang yang putus asa.
  • Jangan terlupa untuk hubungi pemilik produk affiliate jika anda tidak kenal akan mereka. Pastikan anda kenal mereka barulah anda mulakan promosi. ini penting supaya anda tidak tertipu di kemudian hari.
  • Jangan terlupa untuk test link affiliate anda. Pastikan link affiliate anda adalah link affiliate anda.

Jimat Penggunaan Minyak Kereta Anda

Tip-tip atau petua-petua bagaimana nak Jimat minyak

Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.

Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.

Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.

Pemanasan enjin selama 30 saat. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)

Elakkan menunggu . Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

Gunakan RM-SAVER. Berjimat sambil mencari side income. Beli di sini.

JIMAT MINYAK

Tips Berguna Agar Kita Dimurahkan Rezeki

Antara amalan amalan yang perlu dilaksanakan oleh setiap induvidu Muslim agar dimurahkan rezekinya oleh Allah s.w.t. Terdapat 11 amalan murah rezeki iaitu.

1. Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki,yang bermaksud: ” Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka ushakan.”

2. Banyakkan Doa. Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t.Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.

3.Banyakkan Sedekah.Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.

4.Buat Baik kepada Ibu Bapa. Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.

5. Banyakkan istigfar. perkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.

6. Solat Dhuha. Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.

7. Baca Surah Al-Waqiah. Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.

8. Beri Makan Kepada Haiwan-haiwan. Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.

9. Jangan Menyeksa Binatang. Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

10. Sambung Silaturahim. Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.”(HR Bukhari)

11. Membayar Zakat. Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

Sumber: www.uruswang.com