Category Archives: Tips

Rahsia Seni Kuasa Minda

Salam kebahagiaan,

Di kala ini, semua perkara perlukan wang.
Kita menipu andai kita kata wang tak penting dalam hidup kita.
Hakikatnya, segala-galanya perlukan wang.
Nak masuk tandas pun kena bayar.
Bil telefon, air dan elektrik kena bayar.
Itu dan ini semuanya kena bayar.

Namun berapa banyak wang yang kita ada?
Berapa banyak wang yang kita peroleh?
Rata-rata, ramai yang menyatakan wang adalah penting.
Tanpa wang, bermakna orang itu akan mengalami
kesempitan hidup.
Yang lebih teruk adalah mengalami penyakit
ketagihan wang tanpa sedar.

Adapun, ramai juga yang sanggup mengamalkan ilmu khurafat
hanya untuk menjemput rezeki. Allahu akbar.
Tiada cara yang lebih baik daripada kembali kepada Allah.

Menjemput rezeki dengan kembali kepada Allah, bukan sahaja
disayang Allah, malah hidup lebih berkah.

Jika wang penting bagi anda, apakah usaha yang anda
lakukan untuk menarik rezeki dalam kehidupan anda?

Ada yang dah cuba macam-macam kaedah, tapi tidak berhasil.
Malah diakhiri dengan kekecewaan dan sering menyalahkan takdir.

Kan lebih baik kalau rezeki datang dengan mudah kepada anda.
Ramai yang masih tidak tahu bagaimanakah caranya,
untuk menjemput rezeki dengan mudah.

Dah tentu ada caranya…
dengan ini saya ingin berkongsi tentang rahsia untuk seru rezeki.

Klik link di bawah;

http://bit.ly/V3TzYK

Saya doakan mulai hari ini, anda akan sedar bahawa
hanya dengan kembali kepada Allah, rezeki akan lebih mudah
dijemput malah, hidup akan lebih berkah.

P.S: Sahabat biz saya, Master Rey sedang buat jualan akhir tahun 2012.
Hanya dengan RM30 SAHAJA, anda akan dapatkan ebook Magis Sebuah Fikiran
yang dijual pada harga pasaran RM50.
PENTING: Scroll down untuk dapatkan diskaun RM30.
TERHAD! Dapatkan SEKARANG –> http://bit.ly/V3TzYK

12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki

1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah Al-Waqiah
7. Selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari

Itu antara amalan-amalan yang boleh kita buat untuk murah rezeki.
Tak dapat buat semua, buat yang mana mampu.
Sedikit demi sedikit kita tingkatkan amalan.

Orang Kaya Pun Boleh Jadi Orang Beriman, apa ?!

Anda mahu yang lagi power? Anda boleh download secara percuma di link berikut:

>>> http://bit.ly/amalan-rezeki <<<

Sebarkan kepada kenalan anda. Mudah-mudahan anda dan mereka mendapat manafaat

Jadi Kaya Dengan Minat

Luangkan sedikit masa berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka.

J. K. Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.

Mungkin tiada cinematophile yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!

Perlukah seseorang bercakap apa-apa tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Dia cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang ia mahu.

Paul Greengrass dikenali sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia ‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.

Kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda rasa ia mampu memberikan anda wang? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya.

Tip untuk Newbie Affiliate

Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini.

Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

Pemasaran affiliate bukan menjanjikan duit mudah.

Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah. Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.

 Jangan terlalu tamak dan mempromosi beberapa produk serentak.

Pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak. Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate. Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.

 Jangan langkaui proses pembelajaran.

Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran.

Sentiasa menjadi unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Jika anda meniru orang lin, anda tidak akan kemana – mana. Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.

Bersabar untuk berjaya.

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal. Alam ada cara tersendiri untuk memberi anda kejayaan.

Simpan duit anda.

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan make money online di internet. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli dari melakukan take action. Jimat wang anda. Sebelum membeli sesuatau produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu take action.

Belajar berdisiplin.

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.

Jangan berhenti bekerja jika anda tidak lagi stabil.

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti memperoleh gaji di penghujung bulan. Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil.

Tiga cara untuk mewujudkan niche sendiri

Kebanyakan dari newbie internet Marketer terlalu takut untuk melakukan sesuatu yang baru. Mereka terlalu baik dan membiarkan para otai menguasai hampir semua pasaran. Akhirnya, para otai menghasilkan produk dan para newbie menjadi affiliate. Sekarang, anda perlu jadi bijak dan perlu pandai membaca suasana.

Berikut adalah tiga cara bagaimana hendak mewujudkan niche anda sendiri.

Pertama : Kebebasan.

Jika anda hendak mewujudkan niche anda sendiri, anda boleh fokus pada kebebasan. Kebebasan bermaksud sesuatu yang memberi peluang kepada pengguna internet melakukan sesuatu yang agak sukar pada mereka. Contohnya adalah software autoblog iaitu memberi peluang pada penggunanya untuk update blog mereka secara automatik.

Contoh lagi satu adalah Software blog comment di mana boleh membantu penggunanya melakukan backlink tanpa bersusah payah. Selain software berkenaan niche IM, anda juga boleh mencipta software lain seperti software televisyen, software handphone dan lain-lain lagi. Cara untuk mewujudkan niche baru melalui sistem ini adalah dengan mencari satu masalah yang biasanya di hadapi oleh orang ramai dan wujudkan kebebasan berpandukan masalah tersebut.

Tulis 10 masalah yang anda hadapi dan kemudian anda pilih beberapa masalah darinya dan cipta software atau script atau kaedah tertentu untuk mewujudkan kebebasan pada masalah tersebut. Katakan salah satu minat anda adalah mendengar lagu hip hop dan anda menghadapi masalah untuk mencari lagu terbaru hip hop di pasaran.

Anda boleh mencipta script web based yang membolehkan orang melakukan carian berkenaan lagu hip hop terkini di pasaran. Melalaui laman web ini, anda boleh jana pendapatan melalui pengiklanan atau affiliate.

Kedua : Menambah

Cara kedua untuk mewujudkan niche anda sendiri adalah dengan menambah sesuatu pada sesuatu yang telah ada. Contohnya panduan jual beli domain, anda boleh mewujdukan niche baru dengan menambah lebih power dalam produk tersebut iaitu Rahsia Jual Domain pada harga tinggi. Ia sudah memandai.

Namun, kaedah menambah tidak terhad pada itu sahaja. Anda boleh kembangkan ia dengan mengaitkan sesuatu pada sesuatau. Contohnya, panduan domain. Anda boleh kembangkan niche yang anda wujudkan sendiri iaitu panduan hosting. Anda perlu pantas merebut peluang yang anda dengan menambah sesuatu yang tidak ada tetapi di perlukan orang ramai.

Ramai orang menceritakan panduan autoresponder, anda boleh kembangkan niche dengan menceritakan mengenai  cara mengautomatikkan jualan melalui autoresponder. Kaedah tambah ini selalunya boleh menakutkan pesaing anda kerana mereka tidak mencapai apa yang anda capai lagi. Jadi, anda jauh ke hadapan.

Ketiga : Balikan semula

Perhatikan pesaing anda dan lihat niche mana yang menguntungkan mereka. Contohnya seorang IM menjana ribuan ringgit melalui Niche kerjaya iaitu kerja kerajaan. Anda boleh contohi beliau dan buat yang lebih baik iaitu mengeluarkan produk yang sama tetapi mengandungi isi yang berlainan. Melalui kaedah ini, anda boleh mencuri pelanggan dari pesaing anda.

Katakan pesaing anda telah jauh ke hadapan dan monopoli niche tersebut untuk masa yang lama. Jadi namanya sudah besar dalam niche tersebut. Dengan mengeluarkan panduan yang mirip anda boleh mencuri pelanggan dari pesaing anda di sebabkan anda telah mewujudkan nilai pilihan iaitu pembeli boleh memilih sama ada untuk membeli kedua-dua produk, produk pesaing anda atau produk anda.

Akhirnya anda akan untung. Kaedah niche ini adalah seperti provokasi di mana anda juga berpotensi di serang dengan kaedah yang sama terhadap niche anda. Namun, anda tidak perlu gentar kerana ada dua lagi kaedah mewujudkan niche di atas untuk anda serang balas. Anda bebas untuk gabungkan ketiga-tiga kaedah sekaligus.