Category Archives: Peluang Pekerjaan

Kerjaya Di Lapangan Terbang

Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd. yang lebih dikenali sebagai ERAMAN MALAYSIA, merupakan syarikat peruncitan dan penyediaan makanan dan minuman yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Terminal Penerbangan Tambang Murah – KLIA dan Kota Kinabalu serta Lapangan Terbang Labuan mempelawa calon-calon yang berkelayakan, dinamik dan gigih menyertai organisasi mereka.

Temuduga terbuka diadakan seperti butiran berikut:

Jawatan Pembantu Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service Assistant)
Pembantu Pergudangan (Warehouse Assistant)
Tarikh Setiap Hari Rabu (Kecuali Cuti Umum)
Masa 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat Pejabat Operasi
Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd
Tingkat 5, Anjung Tinjau
Bangunan Terminal Utama
64000 KLIA

Kepada yang berminat, sila datang untuk temuduga terbuka dengan membawa dokumen asal dan salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan beserta sekeping gambar warna terbaru berukuran pasport.

TANGGUNGJAWAB: Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan mengendalikan kerja-kerja sebagai juruwang mengikut peraturan dan polisi Syarikat.

KELAYAKAN: * SPM / STPM atau yang setaraf dengannya * Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja 1 hingga 2 tahun dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan * Mempunyai perwatakan yang menarik dan berkebolehan untuk berinteraksi dengan pelanggan * Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Kemahiran dalam menguasai lain-lain bahasa adalah satu kelebihan * Boleh bekerja syif * Berumur antara 18 hingga 30 tahun

FAEDAH-FAEDAH: * Gaji pokok RM900.00 (tidak termasuk elaun-elaun dan bayaran lebih masa) * Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 15% * Penginapan percuma yang dilengkapi perabot dan peralatan rumah * Pengangkutan percuma pergi dan balik dari asrama dan tempat kerja * Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer * Skim Insurans Hayat Berkelompok untuk pekerja * Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian untuk pekerja dan ahli keluarga terdekat * Aktiviti sukan dan rekreasi

Sila layari laman web Eraman Malaysia untuk informasi lanjut.