wangXtra Sertai JomSeminar

wangXtra telah menghadiri seminar pendapatan internet anjuran JomSeminar.com pada 10/05/2008 yang lalu. Ini adalah anjuran kali pertama oleh JomSeminar.

Antara speaker adalah En Fuad Latip expert dalam Search Engine Optimization (SEO), Mr Gobala Krishnan expert dalam affiliate & wordpress blog, Samsul Zamzuri aka Alang expert dalam web direktori, iklan dan PPC, Syed Ikhwan expert dalam Google Adsense dan Yusry expert dalam CPA.

Tujuan utama seminar ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta akan potensi pendapatan melalui internet. Tips & tricks kaedah mendapat wang secara percuma tanpa modal yang besar merupakan tarikan utama seminar ini. Sekiranya anda telah mempunyai blog atau laman web tetapi tidak menghasilkan sebarang wang melaluinya, anda WAJIB sertai seminar ini.

Kaedah blog, adsense, affiliate, CPA, PPC, web direktori, iklan dan SEO adalah satu pakej yang MESTI diperolehi oleh mereka yang berminat atau berkecimpung dalam dunia mencari wang melalui internet.

Adakah ClickBank Sesuai Untuk Usahawan Internet Baru?

oleh Zamri Nanyan

Selepas tersebarnya berita menyatakan ClickBank sudah membuka pintu untuk usahawan Internet dari Malaysia, ramai yang menyambut berita ini dengan gembira. Bagi mereka yang sudah lama menjalankan pemasaran affiliate, mungkin ianya tidak susah untuk mereka memahami bagaimana untuk mengambil peluang menjana pendapatan daripada ClickBank.

Namun begitu, masih ramai lagi di antara usahawan internet baru ataupun mereka yang ingin menjadi usahawan internet yang tidak memahami apakah ClickBank.

Secara ringkasnya, ClickBank adalah sebuah perkhidmatan jaringan affiliate di mana anda boleh menjadi orang yang menggunakan servis ClickBank untuk menjual produk digital anda ataupun menjual produk digital orang lain sebagai affiliate.

Sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen jualan yang ditetapkan (selalunya dari 10% hingga 90%) sekiranya anda berjaya menjual produk digital orang lain.

Anda juga boleh menggunakan ClickBank sebagai servis untuk menerima pembayaran melalui internet untuk menjual produk digital anda sendiri.

Untuk menjadi penjual (merchant), anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak US$49.95 dan ClickBank akan membantu anda menerima pembayaran kad kredit atau PayPal untuk produk yang anda jual di internet. Secara ringkasnya, ClickBank menjadi orang tengah untuk menerima bayaran di internet untuk sebarang produk digital yang anda jual. ClickBank juga menyediakan program affiliate untuk produk anda di mana anda boleh berikan komisyen kepada mereka yang mempromosikan produk anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai produk untuk dijual, anda boleh menjadi affiliate ClickBank dan mencari produk yang disenaraikan di “ClickBank MarketPlace”

(http://www.clickbank.com/marketplace.htm). Pilih produk yang bersesuaian, bina pautan affiliate anda dan mula promosikan pautan (link) yang diberikan.

Di sini anda boleh lihat ClickBank sebagai laman web yang menyediakan produk untuk anda jana pendapatan di internet. Soalan seterusnya ialah bagaimana anda boleh menjana pendapatan daripada ClickBank.

Jawapannya ialah dengan mempromosikan laman web produk yang disenaraikan di “ClickBank Marketplace”. Cara promosinya adalah sama dengan cara anda mempromosikan produk affiliate lain ataupun laman web yang seumpamanya.

Jika perlukan rujukan, saya ada menulis satu artikel berkenaan cara promosi produk affiliate yang berkesan di blog saya. Anda boleh rujuk artikel ini di http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/
strategi-pemasaran-produk-affiliate-yang-terbukti-berkesan

Terdapat banyak cara mempromosikan produk affiliate yang disarankan tetapi pada pandangan saya, anda cuma perlu lakukan 2 atau 3 cara promosi sahaja sebagai permulaan dan ianya sudah memadai untuk mendapat jualan. Kemudian, anda boleh tambah strategi promosi anda sendiri mengikut citarasa anda.

Sebagai tip tambahan, inilah formula penjanaan pendapatan di internet yang saya selalu praktikkan.

1. Cari produk yang anda ingin jual (boleh didapati di ClickBank)

2. Promosi produk tersebut sehingga berjaya membuat jualan, dan lakukan promosi lagi dan lagi.

Itu sahaja!

Dan akhir sekali, ClickBank sesuai jika anda mensasarkan pasaran antarabangsa dan anda perlu memahami bahasa Inggeris untuk melakukan pemasaran affiliate di dalam pasaran antarabangsa. Sekiranya bahasa Inggeris merupakan satu halangan yang besar untuk anda, saya cadangkan anda menyertai program affiliate tempatan dan promosi produk tersebut dahulu untuk mendapatkan pengalaman di dalam pemasaran affiliate ini. Kemudian, gunakan pengalaman ini untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Jika anda mahir dengan Bahasa Inggeris, itu sudah cerita lain. Panduan menjana pendapatan daripada ClickBank banyak terdapat di dalam ebook berbahasa Inggeris. Jadi, lakukan carian di Google atau Yahoo dan anda pasti akan menjumpai pelbagai ebook yang dapat membantu anda. Anda mungkin dapat terus mensasarkan pasaran antarabangsa untuk kempen pemasaran affiliate anda.

Jadi, adakah ClickBank sesuai untuk anda jadikan salah satu cabang menjana pendapatan melalui produk digital?

Anda sendiri akan tahu jawapannya.

Untuk mendaftar sebagai ahli ClickBank, layari http://adisurya.reseller.hop.clickbank.net dan klik “Sign Up Now!” untuk mengisi borang pendaftaran.

————————————————————————————–

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Melayu Masih Lemah Sistem Kewangan

Oleh: LUKMAN MOIDIN – Utusan Malaysia – 19 Mac 2007

APABILA timbul skim cepat kaya dan pelaburan menerusi Internet, orang Melayu yang paling ramai berhimpun mendengar cerita dan sanggup menghabiskan wang untuk menyertainya.

Sedangkan orang Melayu tidak pernah mempersoalkan di mana wang itu dilaburkan dan siapa yang menguruskan dana tersebut. Betapa singkatnya minda bangsa kita untuk mendapatkan wang dengan cara mudah hanya dengan menaja beberapa orang kononnya akan mendapat pulangan yang lumayan.

Tetapi apabila terdapat sistem kewangan yang dipantau oleh kerajaan, kebanyakan kita mempersoalkan halal dan haram dan perkara remeh yang sengaja diperbesarkan untuk menyempitkan minda bangsa sendiri.

Dalam membicarakan soal-soal kewangan, orang Melayu agak jauh ketinggalan dalam sistem kewangan seperti bidang insurans, unit amanah dan lain-lain produk kewangan yang mendapat kelulusan kerajaan dan di bawah pemantauan Bank Negara.

Kelemahan ini wujud hampir di semua lapisan masyarakat Melayu dari yang berpendidikan tinggi hingga kepada mereka yang berpendidikan rendah. Amat mendukacitakan untuk mengakui bahawa hampir 80 peratus golongan profesional Melayu masih kurang memahami mengenai sistem perancangan kewangan yang boleh membantu menjana ekonomi keluarga mereka.

Sikap tertutup bangsa Melayu seperti ‘katak bawah tempurung’ masih tebal dalam soal membicarakan pengurusan kewangan khususnya melalui penasihat kewangan yang bertauliah. Malah keadaan ini juga mungkin disebabkan sikap negatif diri mereka sendiri (paling ramai) dan kemungkinan sikap ajen dan penasihat kewangan yang tidak profesional dan beretika.

Dalam membina kekuatan ekonomi, tugas perunding kewangan insurans dan wakil takaful adalah sangat penting demi memberikan pemahaman yang baik untuk bangsa kita mengubah paradigma dalam pengurusan kewangan.

Namun kekesalan utama bidang kewangan ini ialah apabila ada wakil takaful menjalankan tugas tanpa etika profesional semasa berurusan dengan pelanggan. Apa yang berlaku di depan mata menyebabkan penulis terfikir mengenai sistem dan amalan perniagaan takaful yang kononnya ‘Islamik’ adalah benar-benar tidak beretika.

Daripada 10 penasihat takaful yang ada, saya berani mengatakan hanya seorang dua daripada mereka menjual produk syarikat dengan profesional, dan selebihnya memburukkan syarikat insurans konvensional dengan pelbagai tohmahan kononnya haram dan tidak Islam. Malah di kalangan penasihat takaful juga mereka memburukkan syarikat takaful yang lain demi menambat hati pelanggan.

Untuk pengetahuan, ramai penasihat takaful berhijrah dari sebuah syarikat ke syarikat takaful yang lain demi mengejar komisen dan ganjaran. Apa yang berlaku ini adalah realiti yang menjejaskan reputasi takaful yang dilihat sebagai sistem kewangan Islam. Malah pemegang polisi menjadi mangsa apabila wujud pelbagai masalah yang berlaku disebabkan sikap penasihat takaful yang mementingkan diri sendiri.

Bank Negara melalui badan khas yang mempunyai kuasa perlu menyiasat bagaimana begitu ramai pelanggan insurans konvensional yang menamatkan polisi mereka melalui usaha wakil takaful yang bermoral rendah ini. Terdapat banyak bukti pelanggan dihasut dan diminta menulis surat memberhentikan polisi yang telah dibayar bertahun-tahun kerana dikatakan ‘haram’ menggunakan wang tersebut.

Sepatutnya menjadi dasar Bank Negara untuk bertindak tegas jika amalan ini dikesan. Maklumat atau info insurans yang dikeluarkan oleh BNM melalui kerjasama syarikat insurans dan takaful di dada-dada akhbar yang tertulis “Membeli polisi insurans hayat, jangan jadi mangsa kepada penukaran polisi” jelas tidak diendahkan oleh kebanyakan wakil takaful. Adakah info tersebut hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan tiada usaha konkrit menanganinya? Kita bimbang jika industri kewangan ini terjejas pastinya merugikan ramai pemegang polisi dan kaum keluarga mereka jika terjadi sesuatu.

Keutuhan sistem kewangan juga secara tidak langsung akan terjejas akibat sikap penasihat takaful yang sebegini.

Apa yang tidak diketahui oleh pemegang polisi insurans konvensional ialah kebanyakan sistem konvensional telah lama mematuhi pelaburan berasaskan syarak. Malah hal-hal yang meragukan seperti riba tidak lagi menjadi amalan syarikat insurans konvensional kini. Paling terbukti ialah sistem takaful sehingga hari ini masih tidak dapat menanding operasi insurans konvensional yang jauh cekap dan efisien.

Malah rungutan mengenai masalah tuntutan adalah amat minimum berbanding surat pembaca yang terpampang di akhbar dan banyak lagi masalah yang sebenarnya tidak diadukan secara terbuka. Inilah natijah yang ditanggung oleh operasi takaful kerana sikap tidak beretika wakil mereka dalam urusan menambat hati pelanggan.

Pengalaman seorang rakan yang pernah menjadi ajen insurans konvensional dan dipujuk menyertai sebuah syarikat takaful menjadi asas dan bukti kukuh apa yang sedang berlaku dalam industri takaful. Setelah mendaftar dan lulus sebagai ajen beliau telah menghadiri sesi penerangan dan mesyuarat oleh agensi takaful berkenaan selama beberapa minggu.

Akhirnya beliau mengambil keputusan menjalankan semula perniagaan insurans konvensional apabila mendapati ‘modal besar’ syarikat tersebut memasarkan produk mereka ialah dengan memburukkan insurans konvensional. Persoalannya adakah mereka ini benar-benar memahami sistem insurans konvensional.

Paling menyedihkan kebanyakan orang Melayu difahamkan bahawa maksud ‘konvensional’ adalah ‘haram’. Sedangkan merujuk Kamus Dewan, ‘Konvensional’ bermaksud sesuatu amalan, ciri-ciri atau lain-lain yang sudah diiktiraf secara meluas dan dipatuhi.

Seperti yang dinyatakan dalam satu dalil “ Janganlah engkau menghukum tanpa ilmu, kelak engkau akan menganiaya orang lain.”

Sudah sampai masanya Bank Negara mengambil tindakan proaktif terhadap amalan niaga wakil takaful seperti ini agar mereka tidak menjadikan amalan ini sebagai budaya kerja syarikat takaful yang semakin ketara. Sikap mereka yang seronok memburukkan pihak lain tidak pernah diajar dan dibenarkan dalam Islam. Apakah rezeki yang mereka peroleh dengan usaha ‘memijak’ orang lain mempunyai keberkatan ?

Adalah amalan niaga yang berunsur kotor seumpama ini dapat meningkatkan kefahaman orang Melayu terhadap sistem dan pengurusan kewangan yang berkesan. Lihatlah teras dan amalan niaga bangsa lain yang mengutamakan kepuasan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan yang memuaskan.

Jarang sekali kita mendengar sikap ‘menghentam’ orang lain dalam budaya niaga mereka. (Rujuk buku Rahsia Bisnes Orang Cina – Ang Wang Seng).

Orang Melayu sebagai bangsa yang beragama Islam wajar mengubah budaya ini dalam segenap kontek khususnya dalam bidang ekonomi, perniagaan, politik, kemasyarakatan dan sebagainya. Amalan bermoral dan membina kekuatan peribadi dalam kontek modal insan yang dibina dalam diri sendiri dan seterusnya masyarakat Melayu perlu terus diterapkan dan diingatkan sesama kita.

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?
oleh Zamri Nanyan

Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa ini.

Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja, namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin berumur dua puluhan atau tiga puluhan. Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran idak dipupuk pada awal-awal lagi.

Pada pendapat peribadi, saya tidak bersetuju dengan pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara.

Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu.

Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep “multiple streams of income” atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan.

Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat, Jim Rohn, berkata “bina perniagaan secara part-time disamping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain”.

Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan.

Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.

Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat.

Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.

1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.

2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin.

Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada dengan teliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telah berjaya.

Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih perit daripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki diri anda sekarang.

=============================================================

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Lawati laman web beliau http://www.LifeBeyondDreams.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.
=============================================================